Kalau dah Kata Haram,kita Kene Ikut sebagai umat islam..
KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan
agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat
dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.
-Timbalan Presiden Gabungan Pengamal
Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata
hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar
bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman
sosial.
Beliau yang berkelulusan dalam bidang
syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya
tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau
sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun
‘update’ status game yang mereka main.
Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd
Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang
ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis
maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti
terlarang dan melanggar syariat Islam.
-“Perlu tengok isu kerana dalam Islam
perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul
itu mungkin kebetulan sahaja,” katanya.
Antara soalan ramalan yang mendapat
sambutan ramai di laman sosial ialah seperti “Siapakah yang sedang
‘stalk’ FB anda?”, “Siapakah bakal pasangan anda?” dan “Berapa ramaikah
anak yang bakal anda miliki?”.
-Profesor di Jabatan Syariah, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa
sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan
seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia
dikira sebagai melibatkan isu aqidah.
“Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.
-“Ini boleh dirujuk Surah al-Ma’idah ayat
3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud
“Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai
apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang
diturunkan kepada Muhammad,” katanya. – Bernama
www.indahnyaislam.my
EmoticonEmoticon