Wednesday 18 January 2017

(Video) Pengorbanan Seorang Bapa Sanggup Jual Anak Pada Harga RM50,000 Untuk Penuhi Permintaan Isteri. Sayang Isteri Sanggup Jual Anak


China - Seorang bapa sanggup menjual bayi lelakinya supaya dapat membeli kereta seperti yang dipinta oleh isterinya. (Video) Pengorbanan Seorang Bapa Sanggup Jual Anak Pada Harga RM50,000 Untuk Penuhi Permintaan Isteri. Sayang Isteri Sanggup Jual Anak

-Menurut Dailymail, lelaki berkenaan mahu menceraikan isterinya itu - namun si isteri meletakkan syarat supaya si suami itu membeli sebuah kereta untuk persetujuan perceraian.

-Tindakan si suami menjual anak itu terakam oleh sebuah kamera yang memperlihatkan dia memegang anak lelakinya yang berusia lima bulan di sebuah jalan di bandar Linyi timur China semasa menunggu pembeli, lapor Huaqiu menerusi People's Online.


-
-Polis telah menahan lelaki terbabit yang bersetuju untuk menjual anaknya itu dengan harga 80,000 yuan (RM 50,000) kepada individu yang baru dikenalinya menerusi internet.

-Menerusi video yang dimuat naik oleh iqilu.com, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zhang kelihatan agak gugup ketika menunggu seorang pembeli selama 10 minit.

-Anak lelakinya pula dilihat mula menangis dan tidak dipakaikan yang tebal biarpun cuaca ketika itu agak sejuk.

Pegawai polis yang terserempak dengan Zhang kemudian menahan lelaki berkenaan kerana kelihatan mencurigakan.

Selepas disiasat, Zhang mengaku dia meletakkan anaknya (di internet) untuk dijual.

Seorang pembeli sanggup membayar dari 70,000 yuan ke 80,000 yuan untuk anaknya itu dan berkata akan berurusan jual beli di jalan itu pada hari tersebut.

Zhang juga turut memberitahu polis bahawa dia mahu mencertaikan isterinya. Isterinya berkata dia akan bersetuju jika Zhang membelikannya sebuah kereta. Disebabkan itu, Zhang bercadang untuk menjual bayinya untuk membeli kereta.

Zhang berkata dia juga berharap agar dapat mencari sebuah 'rumah yang bagus' untuk anaknya sebelum bercerai.

"Sangat sukar untuk bercerai bila kamu ada anak", kata Zhang.

Kini, Zhang telah ditahan kerana penyeludupan manusia. Kes itu kini masih lagi dalam siasatan polis.

Sumber: Dailymail


Monday 16 January 2017

BR1M 2017 TELAH DI KREDITKAN KE AKAUN, SILA SEMAK AKAUN ANDA..


 


BR1M 2017 TELAH DI KREDITKAN KE AKAUN, SILA SEMAK AKAUN ANDA.. | Semakan keputusan BR1M 2017 status permohonan dan kemaskini  Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2017 secara atas talian (online) bagi mengetahui sama ada Permohonan atau Kemaskini yang dibuat telah diluluskan atau berjaya Bagaimanapun, keputusan Status Permohonan mahupun....

...Pengemaskinian tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia Tarikh rasmi bagi tujuan Semakan secara online status kelulusan Permohonan atau Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan ditetapkan dan dimaklumkan kepada pemohon kelak ..

SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2017 STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS KEMASKINI 

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut Bil Nama Agensi Bil Nama Agensi 
1 Jabatan Pendaftaran Negara
7 Polis Diraja Malaysia 
2 Angkatan Tentera Malaysia
8 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 
3 Jabatan Akauntan Negara Malaysia
9 Kumpulan Wang Amanah Pencen 
4 Jabatan Perkhidmatan Awam
10 Jabatan Pengangkutan Jalan 
5 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
11 Kementerian Pendidikan Tinggi
 6 Jabatan Agama Islam Negeri
12 Suruhanjaya Syarikat Malaysia 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS KEMASKINI BR1M 2017 Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut 

1 Layari Sistem Aplikasi Semakan Status BR1M Tahun 2017 menerusi judul pautan di bawah Sistem Aplikasi Semakan Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini BR1M 2017 

2 Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia Klik pada butang Semakan Status Permohonan Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya sistem aplikasi status permohonan anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran 

3. Soalan Keselamatan Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya untuk mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan untuk mengakses sistem semakan status permohonan BR1M Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan Semakan Secara Dalam Talian Gagal. Sila Rujuk ke Cawangan LHDNM yang berdekatan 4. Paparan Status Permohonan Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut 

NOTA PENERANGAN MENGENAI STATUS SEMAKAN 

Status Penerangan Diterima Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar Dalam Proses Permohonan Anda Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan Ditangguhkan Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan Lulus Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya Tidak Lulus Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya Status Kredit Tidak Berjaya Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my Soalan Sering Ditanya

Jawapan Status Permohonan Saya [Diterima] Status ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya didaftar dan akan melalui peringkat seterusnya Status Permohonan Saya [Dalam Proses] atau [Ditangguhkan] Ia menunjukkan bahawa permohonan anda dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan Sila membuat semakan dari semasa ke semasa untuk status terkini Sekiranya status memaparkan “Ditangguhkan” pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan Status Permohonan Saya [Lulus] Status tersebut menunjukkan permohonan anda diluluskan atau berjaya Status Permohonan Saya [Tidak Lulus] Status tersebut menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan Jika anda mengalami masalah ini, anda perlu berhubung terus kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda Permohonan saya diluluskan. Bila saya akan dapat duit BR1M Bagi kategori bujang ia akan dibayar sekaligus Kategori isirumah akan menerima pembayaran secara tiga fasa Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Kenapa rakan, saudara mara saya sudah dapat duit BR1M tetapi saya belum lagi, permohonan saya sudah disahkan diluluskan

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda Untuk mengemukakan sebarang aduan sekiranya duit BR1M belum dapat dari tarikh yang sepatutnya diterima Aduan Masalah Duit BR1M Belum Dapat Pastikan Guna Saluran Yang Betul Cara Pembayaran Diterima? Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank simpanan penerima secara berperingkat-peringkat sekiranya memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau pengemaskinian Manakala sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima Penerimaan duit BR1M dalam bentuk baucar berkemungkinan lewat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank Boleh saya tahu punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya

Antara Sebab Dan Punca Permohonan BR1M Gagal Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohanan saya disahkan tidak berjaya Berkenaan perkara ini, nantikan pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana) Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima Ya, pemohon atau penerima turut dimaklumkan mengenai status dan maklumat lengkap BR1M menerusi surat pemberitahuan yang akan dihantar ke alamat yang ada dalam rekod data Bagaimana waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 2017 dan apakah prosedur dan dokumen yang diperlukan Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2017 Saya memerlukan 

keterangan lanjut sebab info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya Anda disarankan menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan Pertanyaan langsungFacebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Respon Keputusan Permohonan BR1M 2017 Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017 Bagi setiap permohonan yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun 2017 dan tarikh yang tepat pengkreditan akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Wednesday 19 October 2016

Eeee Jijiknyaa... Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Dekat Giant

Eeee Jijiknyaa... Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Dekat Giant | KUALA TERENGGANU - Seorang wanita memuat naik beberapa gambar & mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu tidak bersih dan dicemari tikus.... 
Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.... 
"Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?)," katanya yg mendakwa gambar itu dirakam di pasar raya Giant.... 



Berdasarkan gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas? Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang?

Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie Tan tlah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan tindakan.


Ekoran viralnya foto-foto tersebut, pihak pasar raya berkenaan tlah mengambil tindakan memeriksa bekas cili kering yg didakwa mempunyai sarang tikus.... 
Sementara itu di media sosial, netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan pasar raya Giant. Ini kerna, jika makanan yg dijual dicemari oleh kencing tikus, ia boleh menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit kencing tikus. - The Reporter

Tuesday 18 October 2016

Hukumnya Haram - Permainan ramalan di laman sosial haram






Kalau dah Kata Haram,kita Kene Ikut sebagai umat islam..


KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.

-Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial.
Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun ‘update’ status game yang mereka main.
Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Islam.

-“Perlu tengok isu kerana dalam Islam perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul itu mungkin kebetulan sahaja,” katanya.
Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai di laman sosial ialah seperti “Siapakah yang sedang ‘stalk’ FB anda?”, “Siapakah bakal pasangan anda?” dan “Berapa ramaikah anak yang bakal anda miliki?”.

-Profesor di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia dikira sebagai melibatkan isu aqidah.
“Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.

-“Ini boleh dirujuk Surah al-Ma’idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud “Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad,” katanya. – Bernama

www.indahnyaislam.my