Eeee Jijiknyaa... Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Dekat Giant | KUALA TERENGGANU - Seorang wanita memuat naik beberapa gambar & mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri itu tidak bersih dan
dicemari tikus....
Winnie Tan, memuat naik beberapa gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen....
"Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas
di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke
ni?)," katanya yg mendakwa gambar itu dirakam di pasar raya Giant....
Berdasarkan gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas? Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang?
Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie Tan tlah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan tindakan.
Ekoran viralnya foto-foto tersebut, pihak pasar raya berkenaan tlah
mengambil tindakan memeriksa bekas cili kering yg didakwa mempunyai
sarang tikus....
Sementara itu di media sosial, netizen menyatakan kebimbangan mereka
terhadap tahap kebersihan pasar raya Giant. Ini kerna, jika makanan
yg dijual dicemari oleh kencing tikus, ia boleh menyebabkan pengguna
dijangkiti penyakit kencing tikus. - The Reporter
EmoticonEmoticon